Tips untuk memilih bidang latihan Separa Perubatan 2018

Tips untuk memilih bidang latihan Separa Perubatan

 

Terdapat 10 bidang latihan Separa Perubatan bertaraf diploma. Sebahagian dari calon mendapat tawaran lebih dari satu bidang. Tips memilih bidang latihan Separa Perubatan akan membantu anda untuk membuat pilihan bidang berdasarkan keutamaan. Pemilihan perlu dilakukan dengan tepat dan terbaik agar anda dapat lulus dalam peperiksaan Separa Perubatan dan seterusnya dipanggil temuduga sekaligus menjadi pelatih.

 

Kenapa perlu memilih bidang latihan?

 

Ia akan menjadi perkara asas utama untuk panel penemuduga membuat penilaian berkenaan latihan yang anda pilih. Soalan temuduga Separa Perubatan yang bakal ditanya bergantung kepada pilihan bidang latihan anda. 10 bidang latihan Separa Perubatan bertaraf diploma ini perlu anda pilih berasaskan ciri-ciri seperti minat, kelayakan dan kemahiran yang dimiliki oleh anda.

 

Pilihan yang dibuat awal-awal lagi akan memberikan  anda kelebihan untuk membuat persediaan. Dengan ini anda boleh menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang yang dipilih. Ada kemungkinan calon yang ditawarkan lebih dari satu bidang latihan. Maka anda perlu membuat persediaan dengan menyatakan apakah pilihan bidang yang anda pilih semasa dipanggil temuduga nanti. Sebagai contoh, 3 bidang latihan ini ditawarkan kepada anda:

 

Latihan Juru X-ray

Latihan Jururawat Pergigian

Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

 

Sewajarnya anda harus pilih satu bidang yang benar-benar diminati dan boleh dikuasai supaya memudahkan anda menumpukan kepada latihan yang telah dipilih. Soalan temuduga Separa Perubatan yang bakal ditanyakan memfokus kepada bidang pilihan yang anda pilih tadi. Maklumkan pada panel penemuduga perkara-perkara yang menyebabkan anda memilih bidang latihan tersebut berbanding latihan-latihan yang lain.

 

Persoalan yang perlu difikirkan

 

Adakah anda berminat untuk mengikuti latihan Separa Perubatan dan berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Jika tidak berminat, anda tidak perlu menjawab soalan peperiksaan online Separa Perubatan. Jika anda hadir dan lulus peperiksaan online dan temuduga Separa Perubatan, dikhuatiri anda akan menyusahkan diri dan membuang masa dan sudah tentu anda tidak komited dalam pengajian dan cuai menjalankan tugas.

 

Jika tidak berminat, berikan sahaja peluang ini kepada orang lain yang lebih berminat dan memerlukan untuk memasuki Separa Perubatan. Jika anda memiliki keazaman dan minat yang tinggi untuk memasuki bidang ini, teruskan usaha anda. Setelah anda menerima panggilan ke peperiksaan online Separa Perubatan, terus buat persediaan dengan pantas. Catitkan apa pelan tindakan anda untuk berjaya memasuki bidang Separa Perubatan.

Exam Separa Perubatan 2018

Exam Separa Perubatan 2018

 

 

 

Pelan tindakan lulus Separa Perubatan

Tumpukan perhatian anda kepada 2 seksyen utama dalam peperiksaan online Separa Perubatan iaitu :

 

  1. Pengetahuan Am Separa Perubatan
  2. Ujian Psikometrik Separa Perubatan

 

Ada banyak pilihan yang boleh anda lakukan untuk bersiap sedia bagi menghadapi peperiksaan online Separa Perubatan.

 

  1. Mencari maklumat Separa Perubatan di internet. Cara ini agak lambat dan memakan masa. Anda perlu habiskan masa yang banyak untuk mencari dan mengumpulkan maklumat. Itu belum termasuk dengan lambakan atau campuran maklumat yang belum tentu berkaitan dengan Separa Perubatan. Kalau buka Facebook, tak jumpa maklumat Separa Perubatan tapi jumpa pula maklumat lain.

 

  1. Dapatkan ebook Rujukan Separa Perubatan. Anda boleh tutup internet dan tinggalkan Facebook bagi membuat persiapan dengan segera kerana ebook tersebut mempunyai sebahagian besar maklumat yang anda perlukan untuk menghadapi peperiksaan online Separa Perubatan.

latihan separa perubatan

Bagaimana anda nak dapatkan rujukan tersebut?

Anda boleh membuat persiapan untuk peperiksaan online Separa Perubatan dengan mendaftarkan nama dan emel di bawah Selepas mendaftar, semak semula emel anda di bahagian Inbox atau Spam Folder untuk membuat pengesahan.

Link untuk mendapatkan rujukan tersebut hanya akan diberikan menerusi emel. Kegagalan anda untuk mendaftar akan mempengaruhi keputusan untuk mendapatkan rujukan tersebut. ingat, hanya mereka yang serius untuk berjaya akan dapat memiliki ebook Rujukan Separa Perubatan.

Exam Separa Perubatan

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dipanggil Exam Separa Perubatan ?

Dapatkan Rujukan Exam Separa Perubatan

Thank you for subscribing.

Something went wrong.