Temuduga Kerja Kerajaan Di bulan April hingga Mei

Temuduga Kerja Kerajaan Di bulan April hingga Mei

Bermula bulan April hingga Mei, Kementerian dan Jabatan kerajaan mula membuka dan menawarkan peluang kerja kerajaan termasuklah Agensi Kerajaan Negeri. Oleh itu, anda semua perlu manfaatkan peluang yang terbuka ini terutamanya kepada mereka yang berminat untuk memasuki kerja kerajaan.

Berikut ialah senarai jawatan-jawatan yang ditawarkan untuk temuduga kerja kerajaan dari April hingga Mei 2015 :

  • Jurubahasa Gred L17 (Sabah)
  • Juruteknik Komputer FT17
  • Pegawai Khidmat Pelanggan N17
  • Pemandu Kenderaan H11
  • Pembantu Kesihatan Awam U17
  • Pembantu Operasi H11
  • Pembantu Penguatkuasa N17
  • Pembantu Perawatan Kesihatan U11
  • Pembantu Setiausaha pejabat N17
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
  • Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17
  • Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17
  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Calon Sabah)
  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Calon Sarawak)

 

Senarai jawatan diatas merupkan jawatan yang mempuyai permintaan yang tinggi setiap tahun. Jadi untuk memastikan anda tidak terlepas peluang untuk melayakkan diri untuk dipanggil temuduga, anda perlu membuat permohonan dengan mengisi borang SPA8i secara online di portal Rasmi Suruhanjya Perkhidmatan Awam atau SPA.


 

Tips Ringkas Temuduga Kerja Kerajaan

Secara amnya, pada yang telah melepasi saringan pertama iaitu menduduki exam secara online, calon-calon yang berjaya akan dipanggil untuk sessi temuduga. Sangat penting untuk calon-calon membuat persediaan kerana peluang untuk dipanggil temuduga bukan mudah kerana persaingan untuk memasuki kerja kerajaan teramatlah sengit saban tahun. Berikut merupakan tips ringkas persediaan untuk menghadapai temuduga kerja kerajaan.

 

1. Dokumen – sediakan dokumen anda dengan lengkap termasuk sijil akademik dan ko-kurikulum. Sangat penting untuk menggunakan fail yang lutisnar supaya mudah penemuduga untuk meneliti sijil-sijil anda dengan mudah. Susunan sijil pula perlulah disusun dari sijil yang mempunyai kelayakan tinggi hingga ke terendah – contoh dari Ijazah membawa ke UPSR.

 

2. Pemakaian – Perlulah kemas seperti mana anda pernah lihat penjawat awam atau pegawai kerajaan. Calon lelaki perlulah memakai kemeja yang sesuai denagn warna dan tali leher. Jika boleh pakailah “Blazer” bagi menampakkan ketrampilan yang professional. Bagi calon perempuan, pilih tudung yang sesuai dengan baju kurung yang anda pakai dan pakailah kasut bertumit rendah. Jangan pakai baju yang terlalu menampakkan susuk badan.

 

3. Penampilan diri – Sebaik-baiknya, rambut hendaklah kelihatan kemas dan dipotong pendek bagi calon lelaki. Bagi calon wanita, pakai tudung yang biasa dan tidak terlalu bergaya. Jika anda tidak bertudung, sila sisir rambut anda dengan kemas dan rapi. Pastikan juga kuku dipotong bersih dan kemas.
Tips kerja kerajaan -Tips Temuduga Kerja kerajaan
5. Malam temuduga – Tidurlah awal supaya anda mendapat rehat yang cukup. Dengan tidur awal, anda dapat bangun awal dan dapat menghirup udara segar dan akan bertenaga untuk ke pusat temuduga.

 

6. Hari temuduga – Datanglah temuduga awal 1 jam dari waktu yang diberikan. Anda boleh ambil masa ini untuk membetulkan penampilan diri dan mempersiapkan diri untuk masuk ke bilik temuduga.

 

Diharapkan tips ringkas ini dapat membantu anda membuat persediaan dalam menghadapi temuduga kerja kerajaan.

 


 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dipanggil Exam Akauntan WA41 ?

Dapatkan Rujukan Akauntan WA41

Thank you for subscribing.

Something went wrong.