Panduan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Jika anda dipanggil peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41, maka anda berada di tempat yang betul. Jangan beralih ke tab lain. Fokus disini kerana kami akan kongsikan format peperiksaan, jumlah soalan masa yang diberikan untuk menjawab dan juga beberapa contoh soalan. Jadi luangkan 5 ke 10 minit untuk baca sampai habis. Jangan lupa share dengan rakan lain setelah habis baca artikel ini

TipsKerjaKerajaan - Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

TipsKerjaKerajaan – Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Berdasarkan maklumat terkini dari SPA, Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 akan diadakan secara online. Jadi persediaan latih tubi adalah sangat perlu kerana secara online masa yang diberikan sangat terhad dimana memerlukan pengurusan masa yang baik untuk menjawab semua soalan yang diberikan.

 

 

Untuk sesi ambilan 2017, memerlukan calon Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 menjawab soalan mengikut kategori dan format berikut:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am (40 minit)
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit)
  3. Seksyen C – Kefahaman Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris (20 minit)

 

Seksyen A: Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.

Tempoh: 40 minit
Jumlah Soalan: 50 soalan
Markah: 30

Contoh soalan:

 

Seksyen A - Pengetahuan Am

Seksyen A – Pengetahuan Am

 

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Tempoh: 45 minit
Jumlah Soalan: 40 soalan
Markah: 30

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

a) Kemahiran Logik
b) Kemahiran Menginterpretasikan Data
c) Konsep Matematik
d) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah. Soalan ini lebih kepada permasalahan subjektif dan logik.

 

Contoh Soalan

Seksyen B - Contoh Soalan Penyelesaian Masalah

Seksyen B – Contoh Soalan Penyelesaian Masalah

 

Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris

Tempoh: 20 minit
Jumlah Soalan: 20 soalan

Seksyen ini merupakan satu seksyen baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Soalan berbentuk objektif di mana soalan adalah berdasarkan teks yang diberikan. Disini anda perlu membaca dan memahami teks supaya memudahkan anda untuk menjawab soalan objektif. Kebiasanya, jawapan-jawapan yang diberikan seakan-akan sama, jadi memerlukan kefahaman dan fokus yang tinggi pada seksyen ini. Dan ada perlu menguruskan masa dengan baik kerana untuk 20 soalan anda hanya ada masa selama 20 minit untuk menjawab, maknanya 1 soalan maksimum yang anda perlukan adalah 1 minit atau kurang. Ini tak termasuk masa untuk membaca dan memahami teks yang diberikan.

 

Panduan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Oleh itu, pihak kami iaitu TipsKerjaKerjaan.com dengan kerjasama JV Infokerjaya bekerjasama untuk menerbitkan satu panduan untuk bakal calon sebagai salah satu ikhtiar untuk lulus peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41. Panduan ini mengandungi nota dan latih tubi dimana ianya dapat membantu anda membiasakan diri dengan soalan-soalan dan format soalan yang akan anda hadapi semasa peperiksaan.

 

DISCLAIMER

TipsKerjaKerajaan.com tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Apa yang TipsKerjaKerajaan.com sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.

Comments

comments

One Response
  1. September 16, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dipanggil Exam Separa Perubatan ?

Dapatkan Rujukan Exam Separa Perubatan

Thank you for subscribing.

Something went wrong.