Contoh Soalan Temuduga SPA

Selepas melepasi fasa pertama iaitu Exam SPA, calon-calon SPA yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri temuduga SPA. Ini merupakan langkah terakhir sebelum calon-calon ditempatkan di agensi kerajaan yang berkenaan. Namun untuk calon-calon PTD M41, setelah melepasi sesi temuduga SPA, mereka diwajibkan untuk memasuki kadet PTD.

Contoh Soalan Temuduga SPA

Untuk menghadapai sesi temuduga SPA, anda perlulah membuat persediaan dari awal. Banyak terdapat calon-calon yang tidak membuat persediaan awal temuduga SPA ini menyebabkan mereka terlepas peluang untuk menjawat jawatan kerajaan ini. Calon-calon perlulah menjalankan ujian praktis dan menyediakan diri dengan beberapa rujukan yang boleh digunakan semasa temuduga SPA nanti.

Berikut merupakan contoh-contoh soalan temuduga SPA hasil dari pengumpulan maklumat secara umum.

Contoh Soalan Temuduga SPA

Contoh Soalan Temuduga SPA

1) SEJARAH PEKERJAAN
a)Soalan disini banyak berkisarkan jawatan lama anda di syarikat anda bekerja sebelum ini atau kementerian/jabatan yang and jawat sekarang. Sediakan nota anda berdasarkan soalan dibawah supaya anda telah bersedia untuk menjawab soalan sebegini.
 
– Namakan syarikat , jawatan, tarikh masuk dan tarikh berhenti, dan berapa gaji semasa berkhidmat di tempat kerja yang lama?
– Apakah skop kerja dan tanggungjawab anda di tempat kerja sebelum ini?
– Apakah cabaran utama yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda mengendalikan masalah tersebut?
– Apakah yang telah anda pelajari daripada kesilapan anda telah lakukan sebelum ini?
– Apakah yang anda suka dan tidak suka berkerja ditempat lama anda terdahulu?
– Pernahkah anda bekerja dengan rakan setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimanamana anda uruskan perkara tersebut?
– Kenapa anda berhenti bekerja ditempat kerja lama anda?

 

2) SOALAN MENGENAI DIRI ANDA
a)Pengenalan diri amat penting. Dari sini para temuduga akan banyak memberikan soalan yang menguji kemahiran anda menjawab soalan- soalan berkaita kendiri. Latih diri dengan membuat satu karangan mengenai diri anda. Tanya pada rakan- rakan terdekat mengenai kekuatan dan kelemahan anda supaya anda tahu untuk mengolah jawapan anda.
 
– Apakah kelemahan yang ketara dalam diri kamu?
– Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?
– Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda boleh membantu anda dalam pekerjaan yang anda ceburi?
– Ceritakan seba sedikit tentang latar belakang anda?
– Cuba ceritakan cara kerja anda?
– Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?
– Apakah perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?

 

3) SOALAN TENTANG JAWATAN YANG DIPOHON
a)Baca dengan jelas tugas bagi jawatan yang anda pohon. Amat penting anda mengetahui tugas, gred dan bidang kuasa jawatan yang anda pohon. Juga peranan jabatan atau kementerian yang anda pohon. Bertanya pada yang kenalan yang menjawat jawatan ini adalah satu maklumat yang bagus. Maklumat tentang jawatan boleh didapati di laman SPA.
 
– Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan & Kementerian ini?
– Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
– Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
– Apa Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon?

 

4) SOALAN BERKAITAN DASAR KERAJAAN
a)Soalan wajib. Anda perlu tahu dasar kerajaan, rancangan pembangunan dan konsep yang diperkenalkan oleh kerajaan. Maklumat- maklumat ini boleh didapati dari enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing.
 
– Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
– Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
– Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
– Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2014 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
– Senarai dasar- dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
– Apakah tema bajet 2014?

 

Terdapat satu rujukan temuduga yang pihak TipsKerjaKerajaan dapat cadangkan. Kenapa? Kerana didalam rujukan ini terdapat tips dan panduan bagaimana menghadapai sesi temuduga sesuai untuk temuduga sektor swasta ataupun temuduga SPA.

 

 

Rahsia-Bijak-Temuduga

Rahsia Bijak Temuduga

Berminat? NANTI DULU!

Kami ada kupon diskaun untuk anda jika anda tinggalkan nama dan email anda di link dibawah. Klik sini sekarang!

 

[+] Kupon Rahsia Bijak Temuduga

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dipanggil Exam Akauntan WA41 ?

Dapatkan Rujukan Akauntan WA41

Thank you for subscribing.

Something went wrong.