Anda Ingin Kerja Kerajaan?

Ada sebab bagaimana anda boleh sampai ke blog ini. Samada anda dari Facebook, dari search engine Google, Yahoo atau Bing, atau ada kawan-kawan share link blog ini kepada anda. Dari mana anda datang, tujuannya adalah satu, anda sedang mencari kerja dan kerja yang anda inginkan selama ini adalah bekerja dengan kerajaan.

Memohon-Kerja-kerajaan

Apa kelebihannya Kerja Kerajaan ?

Salah satu tarikan bagi kerja kerajaan adalah terdapat banyak kemudahan disediakan untuk penjawat awam. Antaranya ;

  • elaun perumahan setiap bulan
  • elaun sara diri (COLA)
  • cuti bersalin (60 hari)
  • peluang melanjutkan pelajaran
  • mudah mendapat pinjaman dari bank
  • kemudahan kuarters
  • kemudahan pencen tetap
  • imbuhan tetap khidmat awam
  • dan sebagainya…

Bagaimana untuk memohon kerja kerajaan?

Terdapat satu portal disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Untuk mengisi borang online, boleh di dapat pada pautan berikut. Panduan juga disediakan bagi yang pertama kali mengisi borang SPA8i ini.

Link borang -> http://www.spa.gov.my/

Panduan mengisi -> Panduan isi SPA8i

 

Bagaimana saya ingin memilih jawatan?

Di dalam borang SPA8i, anda perlu memilih sebanyak 5 jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda. Anda boleh rujuk panduan berikut, mengandungi nama jawatan, deskripsi jawatan, tugas-tugas, gaji dan sebagainya.

Maklumat Jawatan -> http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas

 

Setelah borang SPA8i di isi, anda perlu “alert” dengan berita dan update dari SPA samada dari portal SPA atau lain-lain sumber. Persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPA adalah amat penting kerana soalan-soalan yang dikeluarkan adalah lebih dalam bentuk pengujian IQ dan lebih kepada menilai kendiri calon-calon.

Pada yang telah mendapat panggilan peperiksaan SPA untuk memasuki kerajaan anda boleh “subscribe” blog ini (“sidebar kiri) untuk dapatkan tips-tips yang berguna dari Tim TipsKerjaKerajaan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dipanggil Exam Separa Perubatan ?

Dapatkan Rujukan Exam Separa Perubatan

Thank you for subscribing.

Something went wrong.